Saturday, May 22, 2010

Selamat Datang ke eTiQa SMILE


Salam perkenalan dan selamat datang. Saya AMIN, akan berkongsi dengan anda tentang info-info terkini dari eTiQa dan juga pelan-pelan perlindungan yang terdapat di eTiQa.

Seperti yang kita tahu, perlindungan takaful adalah satu keperluan dan kemestian bagi mereka yang bekerja terutama sekali ketua keluarga yang menyara keluarga. Ini kerana, kita sentiasa berhadapan dengan risiko luaran dan dalaman tidak kira dimana kita berada.

Hari ini, kita boleh lihat ada saja kemalangan berlaku dikiri dan kanan kita. Kita terbaca di dada akhbar, bapa yang paginya pergi kerja dengan senyuman tiba-tiba di petang hari balik bersama ambulans. Bukan kejadian buruk yang kita minta, tetapi hidup kita ini sentiasa berhadapan dengan risiko sepanjang masa. Jadi kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi hari itu.

Dengan pelan istimewa dari eTiQa takaful, anda bukan sahaja boleh mendapat PERLINDUNGAN menyeluruh, tetapi juga SIMPANAN untuk hari tua anda. Dan yang terbaru, anda boleh menggabungkan sekali KAD PERUBATAN yang mana fungsinya adalah untuk membiayai kos perubatan anda semasa di hospital tanpa perlu menggunakan wang anda sendiri.


No comments:

Post a Comment