Salam ukhwah buat anda semua. Terima Kasih kerana masih membaca di blog ini. Hari ni kita nk bercakap tentang kenapa perlunya anda mengambil takaful sebagai satu perlindungan.
Tujuan
Tujuan sebenar setiap individu mengambil takaful adalah untuk melindungi diri dan keluarga dari risiko liabiliti (tanggungan) sekiranya kita hilang upaya/cacat kekal ataupun kematian punca pendapatan keluarga.
" Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian sekiranya mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(al-Baqarah: 240)
Berapakah Jumlah Perlindungan yang perlu?
Setiap orang dari kita mempunyai liabiliti dan juga keperluan yang berbeza-beza. Liabiliti yang biasanya diambil kira adalah seperti baki hutang kad kredit, baki hutang pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang perabot, tunggakkan pinjaman-pinjaman lain.
Mari kita lihat contoh berikut:
Ali mempunyai seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil. Jumlah Tanggungan bulanan Ali berjumlah RM 2,500.
Kaedah Kiraan berdasarkan Konsep Faraid
"Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, sekiranya kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu".
(an-nisa: 12)
Jumlah minima yang diperlukan oleh Ali adalah RM240,000 iaitu:
RM 2,500 X 12 X 8 = RM 240,000
Apabila Ali meninggal dunia, Ali tidak lagi menyusahkan isteri dan anak-anaknya dalam urusan perbelanjaan bagi tempoh paling kurang selama setahun. Pengiraan ini berdasarkan pendekatan faraid seperti yang dinyatakan di dalam ayat al-quran diatas.
Nak tahu berapakah sumbangan yang diperlukan untuk jumlah perlindungan sebanyak RM 240,000? Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan jumlah sumbangan bulanan.
Nur Amin Jamaludin
013 438 3832
A : Suite 21-C, Level 21,
Menara Akademi Etiqa,
23 Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur